Kaedah belajar
Perkataan – Tatabahasa – Contoh ayat – Latihan
Di awal setiap bab dalam buku ini,beberapa perkataan bahasa jepun (Senarai kosa kata) disediakan.Sebutlah setiap perkataan itu dengan suara yang jelas sambil berusaha untuk mengingatinya. Perkataan tersebut akan digunakan dalam tatabahasa dan contoh-contoh ayat. Seterusnya,latihan mudah disediakan dan buatlah latihan ini tanpa melihat bahagian jawapannya. Anda mesti jujur untuk mengetahui prestasi anda sendiri.
Contoh Perkataan:
Disediakan di awal setiap bab. Ramai yang hanya membaca dan menjadikan senarai perkataan sekadar rujukan , walhal resepi utama untuk bertutur bahasa asing ialah `menghafal` bukan `membaca`.
Contoh Tatabahasa :
Tatabahasa bermaksud hukum / cara perkataan disusun untuk membentuk ayat yang betul. Jadi, sentiasalah fokus pada susunan perkataan-perkataan tersebut !
Contoh Ayat :
Contoh Latihan :
Baca&faham – Nota ringkas – Cakap – Praktik
Ini adalah kaedah yang disyorkan jika anda mahu bertutur dengan cepat dan bukanlah sekadar faham bila mendengar orang jepun bercakap. Buatlah nota ringkas anda sendiri berdasarkan apa yang anda telah faham, setelah mentelaah buku ini di setiap bab.
Di mana terdapat perkataan jepun, baca / sebutlah di bibir anda sendiri, bukan baca dalam hati. Anda perlu mendengar suara anda sendiri menyebut setiap perkataan bahasa jepun yang tertera. Bersuaralah! Membaca di hati sahaja, akan menyebabkan lidah anda kelu/ kekok untuk menyebut perkataan-perkataan asing ini.
Anda mesti latih lidah anda sendiri ! Bersuara dengan jelas dan yakin. Dengan cara begini, anda tidak akan berasa kekok untuk menyebutnya ketika hendak bertutur dengan seseorang yang berbahasa jepun. Percayalah, anda tidak perlu tunggu sehingga tamat mentelaah keseluruhan buku ini untuk mula bertutur.
Selesai setiap bab, praktikkan terus dalam kehidupan seharian anda, selagi peluang masih ada. Malu atau segan adalah musuh utama dalam mempelajari bahasa asing. Anda tidak akan fasih berbahasa asing jika perasaan itu menguasai anda!
(Petikan dari buku `Mari Belajar Bahasa Jepun - Tahap 1)