top of page

Kelas bahasa jepun di Pusat Tuisyen Mawar di seksyen 23

telah dihentikan sejak PKP 1 berkuatkuasa.

Boleh ikuti kelas dalam talian.

Sila klik (Online class) untuk maklumat lanjut.

Harap maklum. 

 

Kelas@Shah Alam

   Waktu :  Akan dimaklumkan kelak.

  Tarikh mula:  -

   Alamat : Pusat Tuisyen Mawar,

No.16, Tingkat 1, Jln Pelabur A 23/A,

Section 23, 40300 Shah Alam.

 (Blok kedai berhampiran AEON BIG seksyen 23. 

 Dekat Wisma Zahafiz. Sebelah Amin Car Wash. )

      Yuran :  RM130/bulan (= 4 x kelas)

      Buku Tahap 1 : RM25 (Sekali bayar sahaja)

      Guru :  Liza Sensei

  PENDAFTARAN  

Tidak ada borang pendaftaran.

Jika berminat untuk kelas di SHah Alam, hanya taip 

`Kelas ShahAlam`  beserta data berikut :

1.  Nama penuh

2.  IC no.

3.  Email 

4.  Handset no.


dan hantar sms/whatsapp -->  012-6798100 atau 

melalui email -->lizasensei@hotmail.com 

Kelas @ syarikat anda


Untuk mengajar di syarikat tempat anda bekerja , bayarannya

berdasarkan ketetapan seperti berikut:

 

                   Masa  :  2 jam (Sekali seminggu)

     Jumlah pelajar :  10 ~ 15 orang

               Bayaran : RM1600 / bulan (= 8 jam)

       Buku rujukan : RM25/ pelajar


Untuk jumlah pelajar yang lebih ramai, bayaran adalah berbeza dan

boleh dirunding. Sila hubungi  012 6798100 atau lizasensei@homail.com

Yang anda patut tahu!


[1]  Fokus kelas ini adalah kemahiran bertutur. Anda diberi peluang untuk bercakap secara spontan berdasarkan tips/kaedah yang diajar, termasuklah cara sebut perkataan  +  intonasi yang baik + adab berkomunikasi dalam masyarakat Jepun .


[2]  Terbuka kepada yang berumur 10 tahun dan ke atas. Majoriti pelajar adalah golongan yang berkarier, yang perlu berkomunikasi dengan japanese staff dan juga pelajar IPTA. Pelajar sekolah menengah rendah yang akan menduduki peperiksaan SPM sewaktu Tingkatan 5 nanti pun, boleh hadir ke kelas ini.


[3]  Sijil penghargaan akan diberi (sekurang-kurangnya tamat tahap Intermediate) bagi tujuan pengecualian cukai tahunan dan juga sebagai penghargaan ikhlas .

  Untuk info berkaitan sijil, klik sini

[4]  Jumlah sesi :   


       Tahap 1 (Basic)        : 16 sesi

       Tahap 2 (Intermediate) : 16 sesi 

       Tahap 3 (Advance)      : 12 sesi 


iaitu lebih kurang selama 4 bulan bagi setiap tahap.  

(1 sesi = 1 kelas  =  2 jam)

 

*Tambahan 4 sesi bagi Basic & Intermediate untuk kelas kumpulan kanak-kanak.

[5]  Tidak wajib untuk mengikuti Tahap 1 hingga Tahap 3. Boleh berhenti pada bila-bila masa.


[6]   Untuk belajar tulisan Jepun ,kelas tulisan akan diadakan jika perlu atau

       ada permintaan ramai. Untuk info asas berkaitan tulisan jepun, klik sini


[7]  Jika pernah belajar BJ dan berminat untuk menyambung, anda juga diterima. Tidak wajib masuk kelas bermula dari peringkat BASIC.


[8]  Jika tidak dapat hadir ke kelas, info & material (kertas latihan) yg berkenaan akan diemailkan



Amat gembira dan seronok mengajar lebih-lebih lagi jika ada pelajar yang tidak segan untuk cuba bertutur . ``Belajarlah dari kesilapan`` . Bukan itu sahaja, soal jawab atau perbincangan tentang perkataan-perkataan yang biasa pelajar dengar dari orang Jepun / TV pun boleh buat kelas jadi gamat ! !

bottom of page