Macamana nak belajar tulisan Jepun?
- Liza Shaari
- Jun 15, 2019
- 2 min read
Tulisan jepun ada 3 jenis iaitu Hiragana, Katakana dan Kanji.
Turutan silibus :
Belajar Hiragana dahulu.
Kemudian Katakana.
Akhir sekali baru belajar Kanji.
HIRAGANA --> KATAKANA --> KANJI
Fungsi tulisan:
1. Hiragana -- untuk tulis perkataan yang asalnya dari orang Jepun.
Contoh: watashi (saya) ... わたし
kuruma (kereta) ...くるま
ki (pokok) ...き
2. Katakana --untuk perkataan dari luar negara Jepun.
Contoh: terebi (TV) ... テレビ
ko-hi- (kopi) ...コーヒー
kamera (kamera) ...カメラ
3. Kanji --tulisan cina kuno (memang tulisan cina)
Contoh: watashi (saya) ... 私
kuruma (kereta) ... 車
ki (pokok) ... 木
Umumnya, Kanji lebih susah berbanding Hiragana dan Katakana kerana setiap kanji mempunyai lebih dari satu bunyi/bacaan dan setiap bunyi ada syarat bila ianya perlu digunakan. Perkara ini terjadi kerana Kanji berasal dari China. Maka, bunyi dari China (On-yomi) dan bunyi dari Jepun (Kun-yomi) digunapakai untuk setiap Kanji.
Contoh: Kanji kereta --- 車
Bunyi Kun-yomi : kuruma
Bunyi On-yomi : sha
Jadi, jumlah bunyi/bacaan untuk kanji berbentuk 車 ada 2 , iaitu `kuruma` dan `sha`.
Semua sumber untuk belajar Kanji samada dari internet atau bahan bacaan (buku) akan memaparkan jumlah bunyi/bacaan bagi setiap kanji seperti contoh berikut.

Umumnya, On-yomi digunakan jika Kanji bertemu Kanji.
Manakala, Kun-yomi digunakan jika Kanji diapit oleh hiragana (partikel).
これは車です。.......diapit partikel は dan で.
Kore wa kuruma des.
これは電車です。......bersebelahan Kanji lain (電).
Kore wa densha des. (densha :電車 : keretapi)
Sumber : Anda boleh belajar sendiri, secara percuma dari pelbagai website (internet) dan apps (smartphone) . Apps untuk belajar Hiragana dan Katakana biasanya percuma.
Untuk Kanji ada yang berbayar ,bergantung kepada jumlah/level kanji .
Contohnya, dari website https://www.mlcjapanese.co.jp/basic_kanji_120.html
Anda boleh download dan print sendiri senarai 120 Basic Kanji (untuk JLPT N5).Percuma.
Scroll down and click "Download main book all at once".
Selain itu, anda boleh cuba yang berikut. Ada bahan yang boleh anda download dan print juga.
Recent Posts
See AllRamai yg salah faham tentang silibus berkaitan setiap peringkat dalam exam JLPT (Japanese Language Proficiency Test). Untuk pengetahuan...
Jika anda berminat utk mendapatkan sijil bahasa Jepun, yang terbaik ialah Sijil JLPT [ Japanese Language Proficiency Test ]. Serba...
Janganlah macam tu! Think positive. Tak ada apa yang perlu ditakutkan. Cakap je! Jangan takut buat salah kerana kita boleh belajar dari...