top of page
Search

Macamana nak mudah ingat perkataan (vocab) ?

  • Writer: Liza Shaari
    Liza Shaari
  • Nov 28, 2017
  • 1 min read

Mengingati banyak perkataan (vocab) adalah suatu kemestian dalam menguasai bahasa asing. Pendek kata , ada kamus dalam otak. So, bila nak cakap, lancar je jadinya. Tapi, ini juga antara masalah utama bila kita nak belajar bahasa asing kerana setiap individu ada keupayaannya yang berbeza. Tak semua orang boleh ingat/hafal dalam sekelip mata.Tetapi sebenarnya

keupayaan itu boleh dipertingkatkan dengan beberapa kaedah yg boleh membantu proses mengingat kembali. Antaranya ,

1.selalu guna (Of course akan ingat!)

Tak semestinya kena cakap BJ terus.Boleh jadikan bahasa rojak. Contohnya, saya dan kawan-kawan saya dulu, memang tak gunakan perkataan `kamus` sebab dah biasa sebut `jisho` [jisho=kamus].

Jadi, kalau nak pinjam kamus, saya akan kata "Pinjam jap jisho kau". Rojaklah tu kan?!

2.guna kaedah sticker/label (lekatkan pada benda-benda kepunyaan anda)

Tak perlu tulis BM pada sticker tu. Memadai BJ sahaja.

3.permudahkan/ringkaskan yg perlu diingat.

ayah = oto-sang

emak = oka-sang

kakak = one-sang

abang = oni-sang

Itu adalah perkataan BJ yang biasa kita akan lihat.Oleh kerana semuanya bermula dgn `o` dan berakhir dgn `sang` ,maka sebenarnya yg perlu diingat ialah

ayah = to-

emak = ka-

kakak = ne-

abang = ni-

4.kaitkan dengan perkara lain (kaedah yg banyak saya guna.)

Lihat perkataan-perkataan berikut,

menulis = kakimas

minum = nomimas

Semua kata kerja dalam BJ memang berakhir dengan `mas`, jadi yang ini pun kalau diringkaskan, saya cuma perlu fokus pada

menulis = kaki

minum = nomi

Jadi, saya akan fikirkan apa kaitan menulis dengan kaki ? Kita menulis dgn tangan bukan kaki.

Apa pula kaitan minum dengan nomi ? Walaupun ejaannya minum tapi kita sebut minom (Bahasa pasar). Pada saya sukukata `nom` itu sudah memadai utk mengingatkan saya kepada perkataan nomimas.


 
 
 

Recent Posts

See All
Ada Sijil Bahasa Jepun ?

Jika anda berminat utk mendapatkan sijil bahasa Jepun, yang terbaik ialah Sijil JLPT [ Japanese Language Proficiency Test ]. Serba...

 
 
 
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Name of Site. Proudly created with Wix.com

  • Facebook Social Icon
  • Twitter Social Icon
  • Google+ Social Icon
bottom of page