Kenapa tak guna ejaan seperti 'desu' dalam buku ini ? Buku-buku lain banyak yang guna ejaan
- Liza Shaari
- Nov 28, 2017
- 1 min read
Ejaan di dalam buku ini ditulis mengikut sebutan yang sebenarnya terhasil apabila anda mendengar orang jepun bercakap. Maksudnya, saya tidak menggunakan ejaan 'desu' kerana
orang jepun tidak menyebut 'desu' dalam percakapan mereka. Tetapi anda boleh dengar dengan jelas mereka menyebut 'des' sahaja. Huruf 'u' diabaikan.
Untuk pengetahuan anda, kebanyakan buku bahasa jepun ditulis ejaannya mengikut tulisan hiragana, iaitu salah satu tulisan jepun. Antaranya, terdapat satu huruf yang berbunyi 'su'. Jika anda menggunakan komputer versi bahasa jepun, anda kena tekan butang 's' dan butang 'u' untuk mengeluarkan satu huruf hiragana yang berbunyi 'su' (す).
Hakikatnya, ada perkataan-perkataan jepun yang tidak disebut mengikut ejaan-ejaan sebegini. Oleh itu, saya hanya mengeja setiap perkataan dalam buku ini, berdasarkan apa yang orang jepun sebut, bukan berdasarkan ejaannya dalam hiragana.
Selain dari `des`, perkataan `san` untuk nama orang juga sebenarnya disebut `sang` oleh orang Jepun. Oleh itu dalam buku ini saya ejakannya sebagai `sang`.
Sebab itulah dalam buku ini, saya sediakan [ BAHAGIAN 1- Pengenalan & Persediaan ] sebagai panduan awal sebelum anda terus memasuki [ BAHAGIAN 2 - Tatabahasa ] dan [ BAHAGIAN 3 - Latihan & Dialog ].
Recent Posts
See AllRamai yg salah faham tentang silibus berkaitan setiap peringkat dalam exam JLPT (Japanese Language Proficiency Test). Untuk pengetahuan...
Jika anda berminat utk mendapatkan sijil bahasa Jepun, yang terbaik ialah Sijil JLPT [ Japanese Language Proficiency Test ]. Serba...